Selepas keluar tol Kuala kangsar, anda dikehendaki membelok kekanan arah kuala kangsar..INGAT kalau terus kedepan anda selamat sampai ke GRIK! :)
Teruskan perjalanan anda sehingga sampai ke trafik light yang kedua belok ke sebelah kiri (Hospital Besar K.Kangsar) teruskan lagi sampai jumpa trafic light yang ketiga, ketika ini didepan, anda dapat lihat jambatan Sultan Abdul Jalil.
Teruskan dan anda akan sampai ke ttrafic light yang seterusnya ada LABU SAYONG BESAR, belok kanan,.
1 Km dari Sek.Keb.Men.Sayong..nampak signboard SDSI SERAMIK terus belok kiri..
..Tapi perjalanan anda belum tamat di situ kerana Farid akan tunjukkan tempat asal membuat labu sayong, iaitu KG.KEPALA BENDANG, Dimana terletaknya kilang KZ KRAF ENT.
KALAU SUSAH JUGA, HUBUNGI SAJA FARID DI TALIAN 017-5652164,Beliau akan memberitahu direction yang sebetulnya..
Balik dari PAHANG, tak sampai 2 hari kami warga kerja KZ KRAF telah berangkat pula ke negeri MELAKA, bandaraya bersejarah untuk mengikuti ekspo disana pula.
anjuran PKKM Caw MELAKA.Terima kasih yang tidak terhingga kepada PKKM, Caw PERAK yang terus mempercayai dan memberi sokongan kepada KZ KRAF ENT.
terima kasih sekali lagi.
Sepanjang promosi dari 30hb okt hingga 5hb Nov 2009, sambutan yang diterima tidak kurang hebatnya..
Disamping persekitaran yang begitu cantik, warga Melaka juga mesra.
Untuk pengetahuan semua, ekspo kali ini bertempat di DATARAN PAHLAWAN MEGAMALL, berdepan dengan bangunan Mahkota parade.
Sekian untuk kali ini.Untuk sesiapa yang berminat dengan keluaran produk kami atau terlepas peluang di Melaka bolehlah kunjungi gerai kami di EASTERN MALL, KL.Promosi ini bermula pada hari ini iaitu 6hb nov hingga 15hb nov 2009.
Kunjungi kami disana dan alami diskaun yang hebat!
BERMINAT JADI PENGEDAR?hubungi PN.FIZA 017-5650365.
KZ KRAF ENT telah mengikuti ekspo anjuran PKKM Caw PAHANG di East Coast Mall, Kuantan pada 23hb Okt hingga 28hb Okt 2009.
Sambutan yang diterima amat menggalakkan.
TERIMA KASIH KEPADA WARGA KUANTAN,harapan dilain kali anda semua akan terus menyokong produk dari keluaran kami KZ KRAF ENT, PERAK.
Terima kasih dan TAHNIAH juga kepada Jue dan pasangannya AMY yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan. Mereka telah membuat tempahan cenderahati perkahwinan iaitu labu sayong kecil.Cantik kan..
DAN juga kepada Haniza dan bambang yang merupakan jiran kepada jue,juga telah membuat tempahan cenderahati perkahwinan..terima kasih JUE sekali lagi,KERANA telah mempromosikan syarikat KZ KRAF..
Insyaallah,kalau kak Fiza terima jemputan sampai lah ke Pahang nampaknya makan nasi minyak..
TERIMA KASIH semua dan teruslah menyokong produk keluaran KZ KRAF ENT, PERAK.
Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi FIZA di talian 017-5650365 ATAU email di kzkraf2u@yahoo.com
Sabtu, 10 Oktober 2009
Seperti yang di ketahui, perak memang terkenal dengan perusahaan labu sayong.Tempat asal pembuatan labu sayong ialah di Kg.Kepala Bendang,Sayong, Kuala Kangsar, di mana terletaknya syarikat KZ KRAF ENTERPRISE.
KZ KRAF terkenal kerana masih mengekalkan pembuatan labu sayong secara tradisional disamping memajukan industri pembuatan labu dan pasu secara moden.
KZ KRAF juga sedia menerima tempahan cenderahati perkahwinan, terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz - harga mengikut saiz, warna dan design.